Thursday, 18 July 2013

PENDAWAIAN ELEKTRIK

Kehendak Perundangan Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 - mensyaratkan semua pendawaian, tambahan pendawaian atau pendawaian semula yang hendak dijalankan oleh Kontraktor Elektrik atau Unit Pendawaian Elektrik perlu mendapat kelulusan bertulis dari pemegang lesen atau pihak berkuasa bekalan. 
Merancang Kerja-Kerja Pendawaian Sebelum kerja-kerja pendawaian dibuat, pendawai/kontraktor hendaklah merancang dan mengenalpasti kerja-kerja yang hendak dilakukan supaya hasil kerja kemas, teratur dan selamat untuk digunakan. Pendawai/kontraktor perlulah:- 
i. membuat lawatan tapak; 
ii. mengenal pasti keperluan beban pengguna; 
iii. mengira permintaan beban maksimum; dan 
iv. mengemukakan pelan, lukisan dan spesifikasi. 

Carta Alir Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tunggal Dan Fasa Tiga.

Carta alir merancang pemasangan pendawaian bangunan adalah seperti di rajah 3.1.

Lawatan Tapak
Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:- 
i.  kelengkapan elektrik yang sesuai digunakan; 
ii. permintaan beban maksimum; 
iii. bekalan masuk, fasa tunggal atau fasa tiga; 
iv. jenis pendawaian;
v. susunatur kelengkapan.

Mengenalpasti Keperluan Beban Pengguna 
Melalui pelan lantai bangunan keperluan pemasangan seperti cadangan beban, penempatan kelengkapan elektrik dan rekabentuk pelan pepasangan boleh ditentukan. 

Mengira Permintaan Beban Maksimum  
Anggaran permintaan beban maksimum adalah untuk menentukan spesifikasi kelengkapan pendawaian seperti kabel, aksesori dan seterusnya menyediakan pelan pepasangan elektrik. Mengikut MS IEC 60364 Part 1 klausa 311, pengiraan permintaan maksimum bagi setiap litar bertujuan supaya rekabentuk pepasangan yang ekonomi, berdaya harap dan dalam had voltan susut yang dibenarkan. Faktor Kepelbagaian boleh diambil kira. Pengiraan kesemua permintaan arus maksimum setiap litar perlu disediakan dengan lengkap. Butiran ini dapat menunjukkan keperluan arus bagi setiap fasa dalam ampiar dan juga membantu dalam menentukan saiz kabel. Rujuk Jadual Ketiga (Jadual A dan Jadual B), Peraturan 11(2), Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menghitung permintaan arus 

Mengemukakan Pelan, Lukisan Dan Spesifikasi 
Peraturan 65, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 menyatakan kelayakan Pendawai mengemukakan pelan adalah seperti berikut:- i. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tunggal - Voltan rendah fasa tunggal sehingga 60 ampiar. ii. Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga - Voltan rendah sehingga 60 ampiar. Ciri-Ciri Pendawaian Elektrik Pendawaian elektrik adalah terdiri dari kelengkapan elektrik seperti kabel, papan suis, suis utama, pemutus litar kenit (MCB) atau fius, pemutus litar arus baki (PAB/RCD), mata lampu, mata kuasa, penangkap kilat dan lainlain lekapan elektrik. Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 1 seperti Rajah 3.2

Pendawaian elektrik pengguna fasa tunggal Contoh 1 seperti Rajah

Pendawaian elektrik pengguna fasa tiga Contoh 2. Seperti Rajah
Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Lampu
Contoh-contoh Litar Skematik Pendawaian Soket Alir Keluar
Litar Akhir Bagi Soket Alir Keluar 13A 
Jumlah litar akhir yang perlu diagihkan dan saiz konduktor yang digunakan serta luas lantai maksimum yang dibenarkan boleh ditentukan dengan berpandukan jadual di bawah.

Wednesday, 17 July 2013

AKSESORI ELEKTRIK

Pemilihan Aksesori Pendawaian

 i. Semua aksesori pendawaian yang digunakan hendaklah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga dan dilabelkan dengan label yang dikeluarkan oleh SIRIM .
  - Suis, soket alir kuasa, palam 3 pin, ros siling, penyambung, soket
  - Bahan binaannya hendaklah terdiri dari jenis polycarbonate.

ii. Bagi semua pendawaian menggunakan pembuluh logam -  

-Suis, soket alir kuasa dan penyambung - bahan binaannya hendaklah terdiri dari jenis berperisai logam (metal clad); dan
-Semua aksesori hendaklah dibumikan secara berkesan. 

iii. Suis fius yang digunakan pada pemasangan pendawaian fasa tunggal mestilah mempunyai fius yang dipasang secara tetap dan tidak bergerak bersama suis. 


iv. Fius suis yang digunakan pada pemasangan kediaman sistem 3 fasa juga mempunyai fius dan suis. Penyambung fius dipasang bersama bagi membolehkan fius bergerak secara serentak.



v. Lampu  


a. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan magnetic


   ballast (watt loss tidak melebihi 6 watt) mesti dilengkapkan
   dengan pemuat (capacitor) jenis kertas kering; 
b. Bagi lampu kalimantang yang menggunakan pencekik
   elektronik (electronic ballast) atau high frequency electronics
   ballast tidak memerlukan pemuat (capacitor); 
c. Bagi pemasangan lampu di luar rumah kediaman,
   hendaklah menggunakan lampu kalis cuaca dan kalis air. 
d. Voltan bagi semua pemasangan lampu dalam air (seperti
   kolam renang, fountain dan lain-lain) mestilah menggunakan
   jenis lampu kalis air dengan kadaran voltan
   tidak boleh melebihi 12 Volt AC. 

vi. Pemanas air elektrik terbahagi kepada 2 jenis iaitu pemanas air seketika dan pemanasan air setoran [jenis tangki setoran]. -Pemanas air jenis seketika mesti dilengkapkan dengan kawalan suis 2 kutub dan peranti arus bakinya sendiri. Manakala pemanas air jenis setoran (jenis tangki setoran) pula hendaklah dipasang dengan pengasing dan peranti arus bakinya sendiri; dan -Pemanas air elektrik yang melebihi 3kW hendaklah disambung secara tetap kepada pemutus litar/fius 20A/30A berserta suis pengasing dan peranti arus baki.

vii. Pemasak Elektrik yang melebihi 3kW, mestilah mempunyai litar tersendiri yang disambung secara tetap kepada pemutus litar atau fius 30A berserta suis pengasing dan unit kawalan pemasak yang digandingkan bersama soket alir keluar 13A. Dua atau lebih alatan memasak boleh di pasang dalam bilik yang sama dengan jarak tidak melebihi 2 meter.

viii. Motor elektrik (pintu pagar, penghawa dingin, fountain, kolam renang, kolam ikan, pam air) yang melebihi 373W tetapi tidak melebihi 2238W, mestilah disambung terus secara tetap kepada pemutus litar/fius berkadaran 20A/30A berserta pengasing, penghidup motor dan soket alir keluar 15A. Penghidup motor mestilah jenis terus ke talian (Direct On Line) dengan kelengkapan bersama sesentuh, geganti beban lampau dan kawalan mula-henti. Pemutus litar/fius yang mengawal litar motor mesti berkeupayaan menahan arus permulaan beban motor tersebut.

ix. Loceng elektrik - Litar mestilah mengandungi suis tetekan (push button) dan pengubah AU/AT.

x. Kipas angin siling mestilah mematuhi standard MS 1219:2002 pada klausa 21.101 iaitu test on 
suspension system of ceiling fan.